Friday 5 July 2013

Katarsis testis

Kelemahan lelaki ada pada si dia,
Rambut panjang,
Hidung mancung seludang,
Putih manis leka memandang,
Godaan diberi sukar ditendang,
Sekali disentuh, iman terbang melayang.

Tenang, sabar.

Anak Adam, kau boleh menyentuhnya,
Mencurah kasih sayang kau padanya,
Sebelum itu perlu kau kenali dia,
Juga keluarganya,
Dan jangan lupa yang Maha Kuasa,
Kerana engkau itu milik DIA,
HormatiNya, dan sayang Dia,
Sebelum kau pergi mendapatkan si dia.


* Penyucian nafsu serakah bukan mudah. Iman jarang dapat jadi tembok penghalang keinginan. Namun lelaki yang mampu sunting yang tersayang menjadi yang halal baginya adalah pemenang sebenar.

No comments:

Post a Comment