Tuesday 9 July 2013

Bidadari

Garis kedutan makin jelas kelihatan,
Rambut yang hitam diselang-seli uban,
Namun kau tetap cantik rupawan,
Rasa sayang aku pada mu tak pernah berkurangan,
Senyuman mu bagi aku harapan,
Untuk hidup pada hari esok yang penuh cabaran,
Tak tahu bagaimana mampu aku manifestasi rasa syukur ini pada tuhan,
Kerana mengurniakan aku seorang perempuan,
Yang sentiasa di sisi walaupun aku kesusahan,
Seorang ibu, yang tak pernah meninggalkan anaknya ini keseorangan.

Selamat malam, mak.

(11.45 pm, malam pertama ramadhan)

* Seorang anak tidak pernah diberi pilihan tentang siapa ibu yang akan melahirkannya. Namun ibu yang aku punyai tidak pernah membiarkan anaknya ini rasa bosan untuk meneruskan hidup. I love you mak :)

No comments:

Post a Comment