Monday 29 July 2013

There there

Thick or thin,
You are not the one to blame,
God made you that way, so just pick up the pen,
And jot down every bad things that people said to you,
And throw it into the drain.

Society can be cruel my friend,
They won`t stop talking, and delivering you those pains,
When all they see is negativity,
But they forgot about those positivity,
So relax, and if you want to, come lean at me,
Cause i know those words are not pretty,
Where those judgemental fools are blind enough to see,
The beautiful sides in everybody.

*There`s too much negative thinking inside the society nowadays. don`t become one of them.

Wednesday 24 July 2013

Langit runtuh

Dunia gelap seketika,
Bila teknologi yang aku ada jahanam di depan mata,
Sedikit kusut, mandi tak sejuk, tidur tak lena,
Approdisiak untuk meneruskan hidup layu gugur ke tanah,
Langkah kaki terasa lemah,
Ini kesialan apakah?

Walhal sebelum aku mesra dengan teknologi jahanam tu,
Aku boleh senyum, makan dan minum pun lalu,
Tak pernah hidup berstimulasikan kiub besi itu. 

* rindu zaman sebelum berkenalan dengan smart phone.

Tuesday 23 July 2013

Komuniti penipu

Jurang bahasa buat aku tertipu,
Oleh manusia tamak harta yang hanya untung dia tahu,
Tak mengapa, sifat buas dalam manusia itu memang susah untuk dibendung,
Sudah dicoret lagi di dalam genetik sewaktu ibu mengandung.

Jadi persiapkanlah diri untuk ditipu,
Hidup ini memang sudah diatur begitu,
Yang bodoh dan lemah akan setiap saat dipijak bawah sepatu.

* agak-agak dah berapa banyak aku kena tipu sepanjang 20 tahun ni? 

Reminder

Jangan lupa yang Maha Menyayangi,
Jangan hanya ingat pada pelangi,
Jangan lupa busuk masam daki,
Jangan asyik kejar cinta manusia si makhluk pendengki,
Jangan hidup hanya untuk tunggu mati.

Jangan hidup tak ambil tahu arah tuju lepas mati nanti. 

Monday 22 July 2013

Khayal si khayalan

Aku leka dalam renungan,
Mata kau buat aku hilang pedoman,
Bila kornea kita bertentangan,
Nafas aku kesesakan,
Walaupun hanya 5 saat berpandangan,
Kau lekat di ingatan,

Sayang, itu hanya sekejapan. .

Cantiknya ciptaan kau, tuhan.


Thursday 18 July 2013

Buddy

" Your eyes can`t tell lies,
you`re hurt, there there, no more cries,
She doesn`t even worth your tears,
look at the bright side though, we still got us,
I`ll always be beside you, even if you`re cursed."

Thanks buddy.

( Talking in front of the mirror, 3.14 a.m )

Langkah

21 hari berlalu,
hidung aku sudah hilang baumu
kaki sudah mula melangkah laju,
otak tidak lagi tepu.

21 hari berlalu,
luka di hati mulai kering,
senyum pun sudah sering,
selesa sudah tidur baring,
komplikasi sudah aku baling.

jauh betul aku baling.

hari-hari esok,
aku tak tahu kemana aku akan langkah,
pastinya bukan kebelakang, aku sudah bosan jadi lemah,
pada Dia aku serah,
kerana buat aku kesal, Dia tak pernah.


Gebor ni tak lagi basah.

Monday 15 July 2013

Alasan

Manusia penuh dengan alasan,
Lambat ke kerja disalahkan hujan,
Sedangkan manusia tak pernah merungut semasa mosh di konsert dalam hujan,

Adrenaline rush katanya.

Bila terlambat bangun disalahkan jam loceng,
Marah, bentak, dihempasnya ke dinding,
Dia lupa dia yang tak set alarm sebelum tidur .

Jarang terjumpa manusia yang terus mengaku kesalahannya,
Tanpa menyalahkan pihak lain terlebih dahulu,
Manusia punya ego lebih besar dari lembu.

Tuesday 9 July 2013

Bidadari

Garis kedutan makin jelas kelihatan,
Rambut yang hitam diselang-seli uban,
Namun kau tetap cantik rupawan,
Rasa sayang aku pada mu tak pernah berkurangan,
Senyuman mu bagi aku harapan,
Untuk hidup pada hari esok yang penuh cabaran,
Tak tahu bagaimana mampu aku manifestasi rasa syukur ini pada tuhan,
Kerana mengurniakan aku seorang perempuan,
Yang sentiasa di sisi walaupun aku kesusahan,
Seorang ibu, yang tak pernah meninggalkan anaknya ini keseorangan.

Selamat malam, mak.

(11.45 pm, malam pertama ramadhan)

* Seorang anak tidak pernah diberi pilihan tentang siapa ibu yang akan melahirkannya. Namun ibu yang aku punyai tidak pernah membiarkan anaknya ini rasa bosan untuk meneruskan hidup. I love you mak :)

Friday 5 July 2013

Katarsis testis

Kelemahan lelaki ada pada si dia,
Rambut panjang,
Hidung mancung seludang,
Putih manis leka memandang,
Godaan diberi sukar ditendang,
Sekali disentuh, iman terbang melayang.

Tenang, sabar.

Anak Adam, kau boleh menyentuhnya,
Mencurah kasih sayang kau padanya,
Sebelum itu perlu kau kenali dia,
Juga keluarganya,
Dan jangan lupa yang Maha Kuasa,
Kerana engkau itu milik DIA,
HormatiNya, dan sayang Dia,
Sebelum kau pergi mendapatkan si dia.


* Penyucian nafsu serakah bukan mudah. Iman jarang dapat jadi tembok penghalang keinginan. Namun lelaki yang mampu sunting yang tersayang menjadi yang halal baginya adalah pemenang sebenar.

Karma

She sat down. and she screams your name,
But you ignored that shouts, and walk away with shame,
You don`t need her anymore, no one to blame,
You just wanna break those chain,
Those cycle of arguments and heartache games,
These two souls maybe are not meant to collide,
So you just left her there, and moving on to something bright.

And here you are today,
Screaming in pain for the heartaches that came,
Those cycles are moving again, but the players are changing,
Where you`re the one been rolled up in those spinning chains,
While the one you love who`s rolling you on those circle of pain.

Serves you right.

* A friend`s experience. Experiences is the best lesson that can be learnt.

Sins

Restless at night,
Everything just don`t feel right,
This heart is pitch black,
It needs something bright,
Sunshine rise and ignites it`s light,
But here I am, still craving for the moonlight.

For seven nights I can`t keep my eyes shut,
But the more i try,
The more I realized,
This is life, and it`s not a game,
Karma will come and kiss your skin,
You may won now, but it`s just begin,
And now you will suffer the consequences for what you`ve done,
Running is futile, just face the pain,
This is what you`ll gain,
For the people like you,
Who commit sins.


* Kita semua pendosa. Beza kita cuma banyak dan sikitnya kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

Thursday 4 July 2013

Goodbye

I`m burning it all down,
And I will never ever turn around,
Not this time, I made up my mind,
To move on without you, so cut me off of this bind,
Taking one step to another, slowly,
It`s hurting me,
Loneliness creeps in and the smile on my face left me,
This fragile heart is pulling me back to you, 
But I ignored it, cause I know I have to move.

Light up the match in the morning breeze,
Goodbye memories,
I`ll burn all of you down so you will not be missed,
Watching them burn sure calms me down,
It will help me forget a women once I`ve given the crown,
Of my heart,
But now we`ve set apart,
Now I need a fresh new start,
So I don`t have to breathe in knives each day,
Fights we have will make my body decay,
So let`s end this, before the end of May,
Tomorrow is a fresh new day.

A new day, without you.


* patah hati kali ke-7. Apparently aku bodoh sebab aku biarkan adanya kali ke-8. 

Hai.

20 tahun dah bernafas tapi masih lemah pendirian dan iman. Transisi peralihan daripada budak, remaja kepada brader2 dah makin mematangkan aku dalam memahami apa sebenarnya erti kehidupan. Aku akui, prestasi aku dalam hidup memang tak memuaskan. Tapi apa gunanya kelemahan tanpa penambahbaikan? Hidup bukannya untuk duduk mencangkung di takuk sama dan tadah tangan terima apa yang diberi. Hidup perlu perubahan yang menggerakkan diri dan menjadi orang yang memberi. Yang menyumbang semula pada masyarakat. Pada masyarakat yang telahpun membentuk kau jadi kau yang pada hari ini. Tak kira lah baik atau busuk mana sekali pun masyarakat sekeliling kau tu. Tanpa kebaikan diorang, kau takkan jadi baik dan tanpa kejahatan diorang pulak, kau akan jadi lembik. 

Tulis pasal hidup sendiri boleh jadi refleksi diri yang paling baik yang pernah aku temui. Macam kita lihat diri kita tanpa cermin. Kita takkan dapat lihat refleksi diri kita samaada cantik, kusut, ataupun serabai tanpa cermin. Bila melihat balik pada diri kita sendiri, barulah kita nampak apa pros dan kons yang kita dah buat hari ni. Kalau tak, kita leka, lupa, alpa. Hanyut je dalam arus kesombongan diri sendiri yang taknak tengok kesilapan diri sendiri. 

So mari cermin diri sendiri, dan jangan lupa ubah apa yang kau tak puas hati pasal diri kau. 
Bismillahirrahmanirrohim..